Uncategorized

Save the “Date” | Eli & Ili Pre Wedding








A Part of My Life

Assalamualaikum. Kita selalu lupa dan sering kali terlupa betapa pentingnya perhubungan kekeluargaan dalam sesebuah keluarga. Kita terlupa demi mencari rezeki dengan mengambil gambar wedding dan bermacam2 lagi. Disebalik itu kita ada orang yg sentiasa menyokong kita, siapa? haruslah keluarga kita sendiri. Seorang pernah berkata kepada saya ketika kelas saya yang lepas, “kita selalu tangkap gambar sana sini, tetapi kenapa kita sendiri tidak menghargai keluarga kita dengan merakamkan imej mereka untuk peribadi kita”. Ya, memang benar apa yang dicakapkan. Kita juga lupa, tanpa mereka, siapalah kita didunia yg fana ini. Mereka adalah tulang belakang kita yang sentiasa bersama kita dalam apa jua keadaan sekalipun. Mengapa tidak kita hargai mereka? Sedangkan kita boleh berhabis masa demi merakamkan imej model2 diluar sana.
Mereka ini adalah sebahagian daripada hidup saya. Selepas pemergian orang tua yang tersayang, hubungan kami semakin menjadi akrab. Alhamdulillah kerana mempunyai seorang abang ipar Encik Ridzuan Bin Omar yang sentiasa memahami, seorang pakcik Encik Ahmad Bukhari yang sentiasa sabar dengan karenah kami anak beranak. Alhamdulillah juga kerana kakak Puan Ajura bt Abd Rahman dikurniakan zuriat yang comel, yang sentiasa mebuat kami sekeluarga terkawa kecil melihat telatah mereka. Muhammad Adam Danial akan memasuki umur 6 tahun. Nur Aina Athirah Berumur 2 tahun pada tahun hadapan. Moga Adam dan Aina jadi anak yg berguna, taat kepada kedua ibu bapa, taat kepada agama dan berjaya pada masa hadapan. Adam dan Aina membesar didepan mata Acu, Ibu dan Ayah.
Kini, saya mampu menjadi manusia yang berguna, mengenal erti hidup dan mampu menjalani hidup seharian seperti orang diluar sana. Ibu saya, Joriah bt Dawan mampu mendidik saya, mengajar saya dan kakak saya supaya sentiasa beringat kepada Yang Maha Esa. Ibu saya juga telah menjadikan saya dan kakak saya manusia berguna dan berjaya dalam hidup ini. Moga emak tenang disana di samping orang2 yang beriman.
Hidup ini sangat singkat, maka hargailah orang yang ada disekeliling kita.

Oky Rahmans.
Ipoh.
12.44am | 15/12/2011






Kisah Masa Depan


Desah nafas itu pun kini mulai pudar,
Seiring hancurnya pikiran-pikiran jalan yang menggila,
Resah, tak berubah tanpa nada,
Tanpa iringan lagu, aku menatap-Nya.

Dan tangisan itupun semakin tak berjiwa,
Hilang, hancur, tanpa jejak yang bersisa,
Tinggal puing-puing senyuman yang menipu mata,
Terbang tinggi yang akhirnya terjatuh jua.
Langkahku semakin goyah,
Ayunan tanganku semakin lemah,
Nafasku semakin pendek tanpa desah,
Senyumku dihiasi cucuran darah.
Lemah tangan ini,
Hancur jiwa ini,
Resah pikiran ini,
Tanpa senyuman yang berarti lagi.

Kututup mata ini,
Kuterbang menuju Ilahi Robbi,
Dengan senyuman tanpa arti,
Pada hari ini.
(OKY RAHMANS,2011)

Oky Rahmans

okyphotosyndicate.com

Okyphotosyndicate Online Shop